Yang diimpikan...

By XimdaX on 6:42 PM

Filed Under:

Sejak mula meminati dan terjerumus ke dalam dunia fotografi ni fikiran saya mula memikirkan tentang kamera DSLR. Berbagai persoalan timbul dalam fikiran.. kenapa dulu saya tak beli kamera dslr je terus dari beli kamera kompak? macam mana nak dapatkan kamera dslr? Mana nak cari duit ni??? Itulah antara persoalan yang selalu bermain dalam fikiran saya hingga ke hari ini.

Kali pertama saya memegang kamera dslr adalah pada majlis kenduri saya tahun lepas. Kamera dslr Nikon D80 tersebut adalah milik seorang sahabat yang datang jauh dari Kuala Lumpur bersama-sama teman lain semata-mata untuk meraikan majlis kenduri saya. Saya memegang kamera tersebut dan menembak beberapa keping gambar sekadar untuk mencuba. Ketika itu lah saya mendapat sedikit info mengenai kamera dslr dan dari itu lah hati saya mula tertarik dengan dslr jenama Nikon.


Kamera dslr yang saya impikan ialah Nikon D90. Setiap masa saya hanya memikirkan tentang kamera ini. Boleh dikatakan setiap kali melayari internet saya tidak pernah ketinggalan untuk melihat dan medapatkan info tentangnya. Tetapi apakan daya kerana belum mampu dan hanya sekadar melihatnya didalam cermin ataupun laman web. InsyaAllah satu hari nanti saya akan memilikinya juga.

0 komen for this post

Post a Comment