Kenali fungsi kawalan DSLR

By XimdaX on 4:39 PM

komen (0)

Filed Under:

Sebelum kita menyelam lebih dalam mengenai ilmu fotografi, ada baiknya jika kita mengenali fungsi-fungsi kawalan yang ada pada sesebuah DSLR terlebih dahulu. Pentingnya kita memahami setiap fungsi kawalan adalah untuk memudahkan kita menggunakannya kelak. Gambar-gambar dibawah menunjukkan setiap fungsi kawalan yang ada pada sesebuah DSLR. Tetapi, tidak semestinya semua DSLR dilengkapi dengan fungsi kawalan seperti yang terpapar di dalam gambar dibawah bergantung kepada jenama dan model (gambar dibawah adalah sebagai rujukan dan panduan sahaja dan tidak semestinya sama dengan DSLR lain). Gambarajah dibawah saya sengaja tidak terjemahkan ke bahasa melayu kerana perkataannya biasa digunakan walaupun berbual dalam bahasa melayu dan lebih mudah difahami.

Yang diimpikan...

By XimdaX on 6:42 PM

komen (0)

Filed Under:

Sejak mula meminati dan terjerumus ke dalam dunia fotografi ni fikiran saya mula memikirkan tentang kamera DSLR. Berbagai persoalan timbul dalam fikiran.. kenapa dulu saya tak beli kamera dslr je terus dari beli kamera kompak? macam mana nak dapatkan kamera dslr? Mana nak cari duit ni??? Itulah antara persoalan yang selalu bermain dalam fikiran saya hingga ke hari ini.

Kali pertama saya memegang kamera dslr adalah pada majlis kenduri saya tahun lepas. Kamera dslr Nikon D80 tersebut adalah milik seorang sahabat yang datang jauh dari Kuala Lumpur bersama-sama teman lain semata-mata untuk meraikan majlis kenduri saya. Saya memegang kamera tersebut dan menembak beberapa keping gambar sekadar untuk mencuba. Ketika itu lah saya mendapat sedikit info mengenai kamera dslr dan dari itu lah hati saya mula tertarik dengan dslr jenama Nikon.


Kamera dslr yang saya impikan ialah Nikon D90. Setiap masa saya hanya memikirkan tentang kamera ini. Boleh dikatakan setiap kali melayari internet saya tidak pernah ketinggalan untuk melihat dan medapatkan info tentangnya. Tetapi apakan daya kerana belum mampu dan hanya sekadar melihatnya didalam cermin ataupun laman web. InsyaAllah satu hari nanti saya akan memilikinya juga.

Sekadar yang ada..

By XimdaX on 6:27 PM

komen (0)

Filed Under:


Salam, kali ini saya nak berkongsi apa yang saya miliki pada masa sekarang untuk tujuan fotografi. Saya tidaklah memiliki kamera-kamera canggih ataupun dslr, apa yang saya ada hanyalah kamera kompak digital dan kamera henpon. Selain itu saya ada komputer dan photoshop untuk edit gambar. Dan yang penting sekali saya ada semangat dan minat untuk mendalami ilmu fotografi.

Kaitan Seni dan Fotografi

By XimdaX on 12:37 PM

komen (0)

Filed Under:

Seni dan fotografi tak dapat dipisahkan ibarat aur dengan tebing serta irama dan lagu. Jika dipisahkan maka berlambak lah hasil-hasil karya yang tidak berkualiti berlegar di laman-laman web ataupun album-album foto. Untuk menyampaikan mesej tertentu dalam seni fotografi maka seseorang jurugambar itu perlu peka dan menitikberatkan beberapa aspek penting untuk menjamin kualiti sesebuah karya senifoto itu.

Seni dan Fotografi tu apa?

By XimdaX on 4:29 PM

komen (0)

Filed Under:


Pasti semua antara kita tahu dan pernah belajar pendidikan seni di sekolah rendah ataupun menengah. Tetapi adakah kita faham perkataan seni itu sendiri. Yang kita tahu seni tu lukisan, betul tak?? Pernah tak kita fikir makna seni itu. Setelah saya melayari beberapa laman-laman web dan membaca artikel barulah saya faham terlalu banyak perkara berkaitan dengan seni yang berkait rapat dengan kehidupan kita.
Apa itu seni?
Bagi saya seni boleh di definasikan sebagai mesej,emosi, luahan perasaan, pemikiran, sesuatu yang indah dan halus yang digubah serta diolah kepada sesuatu yang berbentuk ukiran, arca, lukisan, lagu, foto dan sebagainya bertujuan untuk mengekspressi sesuatu maksud. Sesebuah karya seni mempunyai sesuatu nilai dan makna tersirat yang agak sukar untuk diterjemahkan oleh orang lain. Tetapi bukan semua karya seni itu sukar untuk difahami, ada yang dapat kita lihat terus mesej yang hendak disampaikan terutamanya melalui karya fotografi .
Apa itu fotografi?
Fotografi atau dalam bahasa inggrisnya Photography berasal dari bahasa Yunani iaitu Photos@Phos dan Graphos. Photos didefinasikan sebagai cahaya dan Graphos didefinasikan sebagai melukis. Apabila digabungkan keduanya ia membawa maksud melukis dengan cahaya. Untuk lebih difahami kita boleh definisikan sebagai satu kaedah seni atau satu proses rakaman yang menghasilkan gambar dimana cahaya yang dipantulkan oleh objek akan masuk melalui kanta(lens) kamera dan diproses menghasilkan gambar sebelum disimpan didalam media filem atau media simpanan digital. Terdapat pelbagai kegunaan fotografi antaranya perniagaan, sains dan santai.
Semua yang ditulis adalah berdasarkan fakta dan diolah mengikut kefahaman saya sendiri supaya lebih mudah difahami.


Apa itu DSLR???

By XimdaX on 10:38 PM

komen (0)

Filed Under:

Post-post yang terdahulu banyak menyebut mengenai DSLR. Tetapi adakah anda tahu apa itu DSLR. Disini, biarlah saya menerangkan apa sebenarnya yang dimaksudkan DSLR.

Hobi dan menjana pendapatan

By XimdaX on 11:44 AM

komen (0)

Filed Under:

Selamat tengah hari, dah lunch ke? Ke baru bangun tido..ahaks. Kat sini saya nak cakap sikit mengenai hobi yang leh menjana pendapatan. Umum telah mengetahui yang bidang fotografi ni merupakan salah satu cabang hobi yang mahal. Tetapi sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat anak muda yang hanya belasan tahun di kawasan bandar banyak memiliki set-set kamera DSLR yang canggih. Adakah mereka terdiri dari golongan anak-anak orang berada? Adakah mereka tahu menggunakannya? pengaruh kawan? atau sengaja hendak menunjuk-nunjuk(chiweee) dengan apa yang mereka ada? Adalah rugi bagi mereka yang memiliki DSLR tetapi tidak tahu mempraktikkan teknik dan skil-skil fotografi.

Minat dan matlamat berblog

By XimdaX on 2:21 AM

komen (0)

Filed Under:

Setelah melanggan pakej streamyx pada awal Januari 2010 saya banyak menghabiskan masa melayari internet dan banyak berhubung dengan rakan-rakan melalui Facebook, YM dan sebagainya. Tanpa disedari saya masih ragu-ragu dan memikirkan kenapa saya perlu internet. Dalam masa yang sama saya banyak membaca artikel-artikel dan melayari forum-forum fotografi serta melihat gambar-gambar pemandangan, potret, makro dan bermacam-macam jenis gambar lain yang ada di dalam laman-laman web berkenaan fotografi. Pengaruh sebenar yang membuatkan saya begitu teruja untuk mengambil tahu lebih mendalam mengenai fotografi ini adalah semenjak saya melihat gambar kahwin saya yang diambil oleh jurugambar menggunakan kamera DSLR. Kamera cap apa saya tak perasan sebab tengah kontrol hensem masa tu..

Salam Perkenalan

By XimdaX on 1:27 AM

komen (0)

Filed Under:

Assalamualaikum, terlebih dahulu biarlah saya memulakan blog ini dengan menceritakan serba sedikit mengenai diri saya. Saya berasal dari Pulau Mutiara dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Memiliki diploma IT(Networking) dari ADTEC Kulim. Merupakan anak bongsu dari 7 adik beradik. Sudah berkahwin dan inilah isteri saya.




Saya mula buat blog ni pada disember 2008, ketika ini saya hanya menggunakan telefon sebagai modem untuk melayari internet. Oleh sebab itu, hanya ada 3 post saja dalam blog ini sehingga januari 2010. Kenapa hanya ada 3 post??? Pertama kerana tidak mempunyai matlamat dan keduanya jarang melayari internet.

Itulah gambaran serba ringkas mengenai diri saya.