Hobi dan menjana pendapatan

By XimdaX on 11:44 AM

Filed Under:

Selamat tengah hari, dah lunch ke? Ke baru bangun tido..ahaks. Kat sini saya nak cakap sikit mengenai hobi yang leh menjana pendapatan. Umum telah mengetahui yang bidang fotografi ni merupakan salah satu cabang hobi yang mahal. Tetapi sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat anak muda yang hanya belasan tahun di kawasan bandar banyak memiliki set-set kamera DSLR yang canggih. Adakah mereka terdiri dari golongan anak-anak orang berada? Adakah mereka tahu menggunakannya? pengaruh kawan? atau sengaja hendak menunjuk-nunjuk(chiweee) dengan apa yang mereka ada? Adalah rugi bagi mereka yang memiliki DSLR tetapi tidak tahu mempraktikkan teknik dan skil-skil fotografi.


[Sumber: Hairi Nizam Facebook]

Pada pandangan saya hobi yang mahal kalau kena dengan cara kita boleh buat $$$$. Tetapi perlulah menguasai teknik dan skil untuk mendapatkan gambar yang cantik. Kebanyakan mereka yang memiliki DSLR hari ini menjadikan hobi ini sebagai kerjaya sampingan terutamanya pada musim cuti sekolah(shoot foto kahwin). Caj perkhidmatan fotografi yang dikenakan memang tinggi disebabkan perkhidmatan dan peralatan profesional yang mereka gunakan. Walaupun bayaran yang tinggi, tidak hairanlah si bakal-bakal pengantin tetap menggunakan khidmat jurugambar ini kerana kualiti gambar dan shoot-shoot yang terhasil memang memuaskan. Ye lah, nak abadikan sebagai kenangan kan. Seumur hidup sekali jer kan. Kalau ada yang lebih dari sekali tu kira bertuah la.. hehehe.


Oleh itu, hobi yang mahal tidak semetinya merugikan kerana ia dapat membantu menjana pendapatan kita.

0 komen for this post

Post a Comment