Minat dan matlamat berblog

By XimdaX on 2:21 AM

Filed Under:

Setelah melanggan pakej streamyx pada awal Januari 2010 saya banyak menghabiskan masa melayari internet dan banyak berhubung dengan rakan-rakan melalui Facebook, YM dan sebagainya. Tanpa disedari saya masih ragu-ragu dan memikirkan kenapa saya perlu internet. Dalam masa yang sama saya banyak membaca artikel-artikel dan melayari forum-forum fotografi serta melihat gambar-gambar pemandangan, potret, makro dan bermacam-macam jenis gambar lain yang ada di dalam laman-laman web berkenaan fotografi. Pengaruh sebenar yang membuatkan saya begitu teruja untuk mengambil tahu lebih mendalam mengenai fotografi ini adalah semenjak saya melihat gambar kahwin saya yang diambil oleh jurugambar menggunakan kamera DSLR. Kamera cap apa saya tak perasan sebab tengah kontrol hensem masa tu..


Berbalik kepada minat saya yang mendalam dalam bidang ini, saya mula terfikir untuk memiliki sebuah kamera DSLR. Setelah membuat beberapa tinjauan di kedai-kedai gambar dan internet barulah saya sedar yang saya tidak mampu untuk memilikinya dalam masa yang singkat kerana kos sesebuah kamera DSLR ini sangat mahal. Tetapi!! Ada tetapi plak tu.. hehehe.. Kerana minat dan dah jatuh cinta dengan gambar-gambar yang dihasilkan dengan kamera DSLR ini saya telah tanamkan azam untuk memilikinya juga satu hari nanti. Bila??? Doa-doakan la semoga saya dimurahkan rezeki.. Amin.

Sebab dah minat dalam dunia fotografi walaupun tidak memiliki DSLR, saya tidak putus asa dan disini lah datangnya idea untuk berblog memandangkan saya telah memiliki akaun blog. Jadi, sekarang ni saya dah pun ada matlamat untuk berblog.

0 komen for this post

Post a Comment