Sekadar yang ada..

By XimdaX on 6:27 PM

Filed Under:


Salam, kali ini saya nak berkongsi apa yang saya miliki pada masa sekarang untuk tujuan fotografi. Saya tidaklah memiliki kamera-kamera canggih ataupun dslr, apa yang saya ada hanyalah kamera kompak digital dan kamera henpon. Selain itu saya ada komputer dan photoshop untuk edit gambar. Dan yang penting sekali saya ada semangat dan minat untuk mendalami ilmu fotografi.






Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada buat masa sekarang kerana sekurang-kurangnya saya dapat menggunakan apa yang saya ada untuk mendalami asas ilmu fotografi. Kamera kompak digital saya hanya mempunyai fungsi tertentu yang boleh diubah setting antaranya iso dan exposure.
Tetapi apa yang saya ada masih tidak cukup untuk memahirkan diri dalam bidang fotografi. Kalau sekadar teori saja yang saya tahu tetapi amali belum dipraktikkan, macam mana nak terampil bak kata pengajar di ADTEC dulu.

0 komen for this post

Post a Comment