Kaitan Seni dan Fotografi

By XimdaX on 12:37 PM

Filed Under:

Seni dan fotografi tak dapat dipisahkan ibarat aur dengan tebing serta irama dan lagu. Jika dipisahkan maka berlambak lah hasil-hasil karya yang tidak berkualiti berlegar di laman-laman web ataupun album-album foto. Untuk menyampaikan mesej tertentu dalam seni fotografi maka seseorang jurugambar itu perlu peka dan menitikberatkan beberapa aspek penting untuk menjamin kualiti sesebuah karya senifoto itu.

Apakah yang dimaksudkan seni dalam fotografi? Dari sudut pandangan saya seni fotografi ialah hubungan antara masa, cahaya, objek, kamera dan jurugambar yang digabungkan mengunakan teknik-teknik tertentu untuk mendapatkan tembakan(shoot) seterusnya menghasilkan karya senifoto yang baik.


[Sumber: Photosantai (credits flubber & maman)]

Sekeping gambar biasa jika ditembak dengan tepat mengunakan teknik-teknik yang betul akan lebih terserlah aura seni nya dan mesej serta pemikiran yang hendak disampaikan melalui gambar tersebut lebih tepat dan mudah difahami. Pada kebiasaannya, sesebuah karya senifoto itu akan disertakan bersama dengan ulasan/komen mengenai karya yang mereka hasilkan.

Kesimpulannya, sesebuah karya seni fotografi yang baik terhasil apabila teknik yang betul digunakan untuk mengekspresikan emosi dan visi, bukan apabila teknik digunakan untuk kepentingan sendiri.


0 komen for this post

Post a Comment