Sebelum kita menyelam lebih dalam mengenai ilmu fotografi, ada baiknya jika kita mengenali fungsi-fungsi kawalan yang ada pada sesebuah DSLR terlebih dahulu. Pentingnya kita memahami setiap fungsi kawalan adalah untuk memudahkan kita menggunakannya kelak. Gambar-gambar dibawah menunjukkan setiap fungsi kawalan yang ada pada sesebuah DSLR. Tetapi, tidak semestinya semua DSLR dilengkapi dengan fungsi kawalan seperti yang terpapar di dalam gambar dibawah bergantung kepada jenama dan model (gambar dibawah adalah sebagai rujukan dan panduan sahaja dan tidak semestinya sama dengan DSLR lain). Gambarajah dibawah saya sengaja tidak terjemahkan ke bahasa melayu kerana perkataannya biasa digunakan walaupun berbual dalam bahasa melayu dan lebih mudah difahami.
Selamat tengah hari, dah lunch ke? Ke baru bangun tido..ahaks. Kat sini saya nak cakap sikit mengenai hobi yang leh menjana pendapatan. Umum telah mengetahui yang bidang fotografi ni merupakan salah satu cabang hobi yang mahal. Tetapi sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat anak muda yang hanya belasan tahun di kawasan bandar banyak memiliki set-set kamera DSLR yang canggih. Adakah mereka terdiri dari golongan anak-anak orang berada? Adakah mereka tahu menggunakannya? pengaruh kawan? atau sengaja hendak menunjuk-nunjuk(chiweee) dengan apa yang mereka ada? Adalah rugi bagi mereka yang memiliki DSLR tetapi tidak tahu mempraktikkan teknik dan skil-skil fotografi.
Setelah melanggan pakej streamyx pada awal Januari 2010 saya banyak menghabiskan masa melayari internet dan banyak berhubung dengan rakan-rakan melalui Facebook, YM dan sebagainya. Tanpa disedari saya masih ragu-ragu dan memikirkan kenapa saya perlu internet. Dalam masa yang sama saya banyak membaca artikel-artikel dan melayari forum-forum fotografi serta melihat gambar-gambar pemandangan, potret, makro dan bermacam-macam jenis gambar lain yang ada di dalam laman-laman web berkenaan fotografi. Pengaruh sebenar yang membuatkan saya begitu teruja untuk mengambil tahu lebih mendalam mengenai fotografi ini adalah semenjak saya melihat gambar kahwin saya yang diambil oleh jurugambar menggunakan kamera DSLR. Kamera cap apa saya tak perasan sebab tengah kontrol hensem masa tu..
Itulah gambaran serba ringkas mengenai diri saya.