1.Aperture
Aperture menentukan jumlah cahaya yang akan masuk ke sensor. Nilai/nombor aperture yang kecil menunjukkan aperture yang besar, lens yang baik akan memiliki nilai aperture yang bermula dengan nombor 2, dan lens yang lebih mahal memiliki nilai aperture yang bermula dengan nombor 1.1. Selain dari menentukan jumlah cahaya yang dibenarkan masuk, aperture juga menentukan DOF (depth of field).
Nombor yang biasanya akan kelihatan pada bahagian tepi kanta(lens) adalah seperti berikut:
F 22 | 16 | 11 | 8 | 5.6 | 4 | 2.4
Pada F 22, kanta(lens) hanya membenarkan jumlah cahaya yang sangat kecil(minimum) masuk melaluinya. Pada F 2.4, kanta(lens) akan membenarkan jumlah cahaya yang banyak(maximum) masuk melaluinya.
Setiap nombor mewakili peningkataan atau pengurangan dua kali ganda daripada cahaya yang dibenarkan masuk melaluinya.
Sebagai contoh : pada aperture 5.6 anda membenarkan lebih dua kali ganda cahaya masuk berbanding dengan aperture 8, dan dua kali ganda kurang cahaya masuk pada aperture 4.
2. Shutter speed
Shutter
ialah satu alat yang mengawal masa paparan(exposure)
yang diambil untuk menembak(shoot) sesuatu gambar. Dalam erti kata lain ia
merujuk kepada jumlah masa yang diambil untuk membuka shutter. Pada
kebiasaannya masa paparan yang terdapat pada shutter ialah 1/2000 saat dan
boleh mencapai sehingga 30 saat.
Masa paparan
akan menentukan bagaimana keadaan sesuatu gambar itu, adakah gambar itu akan
nampak pergerakan atau kaku. Apabila shutter speed semakin pantas pergerakan
objek yang dirakam akan terhenti dan apabila shutter speed semakin perlahan
pergerakan objek yang dirakam kelihatan ada pergerakan. Sebagai contoh lihat
keadaan gambar dibawah.
Shutter
speed 1/500 saat : Shutter dibuka
dengan pantas menyebabkan pergerakan air yang dirakam terhenti.
Shutter
speed 2 saat : Shutter dibuka dengan
perlahan menyebabkan pergerakan air yang dirakam seperti hidup dan sedang
mengalir.
Gambar dibawah juga menunjukan dengan jelas perbezaan pergerakan
tangan dan kaki patung renang mainan dengan
aturan(setting) shutter speed yang berlainan.
3. ISO speed
ISO speed biasanya dinyatakan dalam bentuk nombor seperti di
bawah:
50 | 100 | 200 | 400 | 800 | 1600 | 3200
Nombor ini mewakili kepekaan sensor bertindakbalas dengan
cahaya melalui aperture dan shutter. ISO speed akan menentukan tahap kecerahan
dan terangnya sesuatu gambar. Nak lebih senang faham, camni; kalau kita menembak
gambar di luar rumah dalam keadaan pencahayaan yang cukup, memadai dengan ISO
speed yang rendah seperti 50, 100 dan
200. Sebaliknya kalau kita menembak gambar di dalam bangunan, cuaca mendung
atau pada waktu malam dengan keadaan cahaya yang kurang, ISO speed yang tinggi
perlu digunakan bergantung pada cahaya speedlite dan cahaya sekeliling yang
sedia ada.
Perlu diingat bahawa ISO speed yang semakin tinggi akan
menyebabkan hilangnya ketulenan(detail) pada gambar dan akan muncul
noice(grain) pada gambar kecuali kalau memiliki kamera yang lebih canggih
seperti D3s atau 5DMii.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen for this post