3 elemen teknikal yang membuat imej

By XimdaX on 1:47 PM

Filed Under:

Bertemu lagi setelah beberapa hari takde post. Kali ni kita pergi lebih jauh sedikit mengenai DSLR. Setelah kita kenal dan faham serba sedikit mengenai kamera DSLR. Sekarang tibalah masanya untuk memperkatakan mengenai perkara-perkara teknikal yang perlu kita ketahui. Terdapat 3 elemen penting dalam membentuk sesebuah imej iaitu:

Aperture
Shutter speed
Iso speed


Untuk entri kali ini saya tak akan menyentuh lagi mengenai 3 elemen tersebut kerana ada lagi perkara yang kita perlu tahu dan berkait rapat dengan 3 elemen tersebut iaitu DOF(depth of field) dan Focal Length. Saya pun agak kabur pada mulanya tentang apa yang dikatakan DOF, tetapi setelah banyak rujukan dari laman-laman web dan bertanya pada rakan di YM barulah saya faham serba sedikit mengenai DOF dan kita kongsikan bersama.

Depth Of Field

DOF ialah jarak antara satu objek dengan satu objek lain yang dapat dilihat melalui view finder semasa sesuatu objek di fokus. Untuk lebih memahami, kita boleh andaikannya begini; jarak dimana objek yang difokus jelas(sharp) kelihatan dan objek lain di sekeliling kelihatan kabur(blur) walaupun objek yang di fokus berada di depan atau belakang. Sebagai contoh, lihat pada gambar dibawah.

[Sumber Gambar : NATIONAL GEOGRAPHIC]

Pengepit baju yang berada di depan kelihatan lebih jelas dan nyata manakala objek lain seperti pengepit baju di belakang dan kawasan sekeliling kelihatan kabur. Semakin jauh kamera dari objek maka semakin meningkatlah DOF yang diperolehi. Gambar landscape memiliki DOF yang banyak manakala gambar makro memiliki DOF yang sedikit kerana objek terlalu dekat dengan lens. Aspek yang berkait rapat dengan DOF pula adalah Focal Length.

Focal length


Focal Length ialah jarak antara titik tengah kanta dengan sensor semasa sesuatu objek difokus.Dalam erti kata lain, ia membawa maksud ukuran sudut keluasan yang boleh dilihat oleh sesebuah kanta(lens). Ia biasanya diukur dalam unit milimeter(mm) dan terdapat pada setiap lens. Lens kamera dikategorikan kepada biasa(normal), telefoto(telephoto) dan paparan lebar(wide angle) bergantung pada focal length. Lens telefoto yang berukuran 200mm mempunyai 4 kali ganda lebih pembesaran berbanding lens biasa yang berukuran 50mm. Rujuk gambarajah dibawah sebagai panduan.

[Sumber gambar : FETOON]

*Entri seterusnya akan memperkatakan tentang Aperture, Shutter speed dan Iso speed

[Sumber rujukan keseluruhan : DIGITAL-CAMERAS-HELP]

2 komen for this post

photographer yg lahir dr adtec kulim

Posted on March 5, 2010 at 12:20 AM  

Hahaha... harap2 camtu la

Posted on March 5, 2010 at 10:36 AM  

Post a Comment